An assessment of training needs of teachers and childcare operators who work with preschool children: A case study
GECPC2021 PAPERS An assessment of training needs of teachers and childcare operators who work with preschool children: A case study …
Raman Silam Buselven Kuppusamy, Asst Prof Dr Hamidah Mohamad
Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
ABSTRACT
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan kepercayaan epistemologi guru matematik (sumber–sumber epistemologi) ke atas tingkah laku pengajaran guru dan tingkah laku pembelajaran murid tingkatan empat di sekolah menengah oleh tiga orang guru matematik. Terdapat tiga pembolehubah utama, iaitu kesan kepercayaan epistemologi guru sebagai pembolehubah tidak bersandar, tingkah laku pengajaran guru sebagai pembolehubah pertengahan dan tingkah laku pembelajaran murid sebagai pembolehubah bersandar. Guru matematik tingkatan empat daripada tiga buah sekolah menengah dari Daerah Gombak terlibat dalam kajian ini sebagai sampel kajian. Pengumpulan data bagi kaedah kualitatif dibuat melalui pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual secara individu, catatan lapangan serta pengumpulan dokumen. Selain daripada itu, Data juga dikumpulkan melaluli kedah tinjauan menggunakan soal selidik melibatkan semua murid ( > 30 orang murid - satu kelas) yang mana penglibatan semua kelas yang diajar oleh sampel kajian. Keseluruhan sesi pengajaran bilik darjah dirakam menggunakan alat perakam video, sementara temu bual dirakam menggunakan alat perakam audio. Pemerhatian pengajaran atas setiap peserta dibuat sebanyak tiga kali. Temu bual diadakan sebelum dan selepas setiap pemerhatian pengajaran. Temu bual terakhir juga dilakukan sebelum kerja lapangan berakhir bagi setiap peserta. Data-data bagi kaedah kuantitatif dianalisis melalui SPSS V18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga sampel kajian dapat mengamalkan kelima-lima jenis sumber epistemologi dalam pengajaran matematik tetapi pengamalan dalam bentuk berlainan mengikut kreativiti yang berlainan sewaktu pengajarannya. Kesemua sampel menyatakan pengamalan sumber epistemologi dalam pengajaran bilik darjah hanya setelah diterangkan oleh pengkaji sebelum atau selepas pemerhatian. Pengamalan sumber epistemologi terlaksana dalam pengajaran sama ada secara tersirat atau tersurat. Kesemua sampel tidak menyedari pengamalan sumber epistemologi dalam pengajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa amalan sumber epistemologi guru (kepercayaan epistemologi) adanya hubungan yang sangat relevant kepada tingkah laku pengajaran guru. Sumber-sumber epistemologi adalah dasar kepada kognitif guru dan tingkah laku guru adalah sebagai tindakbalas atau reaksi keyakinan dalam pengajaran guru. Tambahan, Pengaruh tingkah laku pengajaran guru yang bersifat positif sangat mempengaruhi atau member impilkasi yang sangat ketara kepada tingkah laku pembelajaran murid dalam mata pelajaran matematik di sekolah menengah. Dalam kajian ini, pendekatan kaedah yang digunakan adalah pendekatan mixed method (Kualitatif & Kuantitatif). Justeru langkah proaktif perlu diambil oleh guru-guru matematik, pihak pentadbir sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kepercayaan epistemologi guru matematik agar amalan sumber epistemologi yang diketengahkan akan menjadi panduan bersama dan boleh dilaksanakan secara berkesan demi pembelajaran murid cemerlang.
GECPC2021 PAPERS An assessment of training needs of teachers and childcare operators who work with preschool children: A case study …
GECPC2021 PAPERS Daya tahan kepimpinan dalam kalangan pengusaha TASKA di Malaysia dalam era pandemik COVID19 NUR FAZELLA ABDUL JAMIL, FATIMAH…
GECPC2021 PAPERS Engineering Graduates Employability Skills: What dimensions are important? Amarjit Singh , Zaida Mustafa, Azrul Fazwan KharuddinUniversiti Tun Abdul…
GECPC2021 PAPERS Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ibupada terhadap pendidikan awal anak-anak mereka NORKAMILA AHMAD, DR FARHAH BIN ABD…