Tahap kesediaan Guru Prasekolah Untuk Melaksanakan Dasar Penolakan Sifar Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan inklusif 

Kasnanwati Ahmad Adnan, Ast. Prof Dr Fatimah Tambi (Phd)
Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia

ABSTRACT

Dasar Penolakan Sifar (Zero Reject Policy) adalah polisi yang selaras dengan dasar No Children Left Behind dan Education for all (UNESCO, 2016). Dasar ini menjadi asas kepada pendidikan inklusif yang memberi peluang pendidikan yang sama kepada pelajar berkeperluan khas. Hasrat ini sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang memberi akses kepada pendidikan semua kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira kebolehan dan keupayaan. Namun, faktor utama yang menentukan kejayaan pelaksanaan dasar ini bergantung kepada kesediaan dan kompetensi guru yang terlibat dalam pendidikan inklusif ini. Kedua-dua angkubah kesediaan dan kompetensi guru ini adalah peramal keberkesanan perlaksanaan pendidikan inklusif dan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justru, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan kompetensi guru-guru prasekolah dalam melaksanakan Dasar Penolakan Sifar bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan inklusif di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji korelasi di antara kesediaan dan kompetensi sebagai peramal keberkesanan pelaksanaan Dasar Penolakan Sifar. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan menggunakan soal selidik yang dibina untuk tujuan pungutan data. Persampelan bukan rawak telah digunakan untuk memilih responden kajian. Seramai 50 orang guru-guru prasekolah mewakili prasekolah bantuan kerajaan dan swasta telah dikenalpasti sebagai responden kajian ini. Analisis diskriptif menunjukkan nilai min untuk setiap pembolehubah kesediaan dan kompetensi guru untuk melaksanakan Dasar Penolakan Sifar adalah tinggi. Analisis korelasi menunjukkan hubungan yang positif di antara kesediaan, pengetahuan, dan penerimaan guru terhadap pelaksanaan Dasar Penolakan Sifar. Kajian selanjutnya boleh dilaksanakan untuk mengkaji faktor-faktor yang menpengaruhi kesediaan guru-guru dan keperluan latihan guru-guru untuk meningkatkan kompetensi guru-guru prasekolah secara menyeluruh untuk mencapai objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional Malaysia, bagi memastikan bahawa pendidikan inklusif dalam pendidikan awal kanak-kanak dan Dasar Penolakan Sifar dapat dilaksanakan secara berkesan di Malaysia.